000000
X
PALESTIN
PM Shtayyeh gesa komuniti antarabangsa mengambil langkah konkrit, mengenakan sekatan ke atas Israel
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
2 Jun 2022 | 1.55 petang
RAMALLAH – Perdana Menteri Mohammed Ishtaye semalam menegaskan dalam ucapannya  bahawa masyarakat antarabangsa mesti melakukan peralihan segera daripada mengutuk Israel kepada mengambil langkah dan sekatan yang serius terhadapnya.

Beliau membuat kenyataan berkenaan semasa ucapannya pada sambutan Hari Nordic untuk negara-negara Nordik (Denmark, Sweden, Finland dan Norway) di Ramallah, di hadapan beberapa menteri, duta dan konsul.

"Kerajaan Israel telah mencetuskan bencana bermula dari siri perpindahan di Massafer Yatta kepada pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh. Bahkan semalam, Israel membunuh seorang lagi wartawan, Ghufran Warasanah. Tentera rejim Israel mengamalkan dasar menembak dengan niat membunuh dan inilah yang kita lihat setiap hari," kata perdana menteri.

Beliau turut menambah bahawa sekatan mesti dikenakan secara serius terhadap Israel, kerana banyak institusi dan organisasi antarabangsa telah menjelaskan di dalam laporan mereka bahawa Israel adalah negara apartheid dari segi perundangan dan pelaksanaan.

“Israel secara terancang memusnahkan peluang untuk merealisasikan penubuhan negara Palestin melalui tindakan rampasan tanah yang memihak kepada perluasan penempatan haram,” kata Ishtaye. "Kami menyaksikan kekosongan politik dan kami mesti bekerjasama untuk mencari inisiatif politik untuk memajukan keadaan, menamatkan penjajahan, dan mewujudkan harapan bagi rakyat Palestin."

"Saya menyeru anda untuk mengikut jejak langkah Sweden untuk mengiktiraf negara Palestin. Ini adalah respon balas kepada penjajahan serta mesej kepada Israel bahawa anda bersama kami untuk memelihara kedua-duanya iaitu penyelesaian dua negara di mana Israel sedang berusaha untuk melemahkan penyelesaian dua negara berkenaan, " tambahnya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,771
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....