000000
X
PALESTIN
Serbuan Israel menebang 2,000 batang Pokok Zaitun
Oleh: Rusydan Yusup
15 November 2022 | 2.04 Petang
Pasukan Keselamatan Israel mengiringi kumpulan penduduk haram Israel ketika mereka menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa melalui Pintu Al-Maghrebi, pagi Isnin, lapor Arab48.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Wakaf Islam kendalian Jordan, yang menyelia tapak suci di Baitul Maqdis berkata, sebahagian daripada penduduk haram itu secara berterusan melakukan ritual Talmud dan solat di dalam dan di pintu Al-Aqsa, selain melakukan lawatan provokasi.

Masjid Al-Aqsa adalah tapak ketiga paling suci di dunia untuk umat Islam. Orang Yahudi memanggil kawasan itu sebagai "Gunung Kuil", mendakwa ia adalah tapak dua kuil Yahudi pada zaman dahulu.

Sejak 2003, Israel telah membenarkan penduduk haram Yahudi memasuki kawasan itu hampir setiap hari.

Sementara itu, tentera Israel menceroboh perkampungan Qarawat Bani Hassan dan menebang 2,000 pokok zaitun, selain menyembur racun kimia ke atas ratusan dunam (unit ukuran tanah, lebih kurang 900 meter persegi)  tanah milik Palestin.

Menurut Datuk Bandar kampung itu, Ibrahim Assi, tentera menceroboh kawasan Al-Awareed, yang berpangkalan di Barat Laut Qarawat Bani Hassan, selepas mengisytiharkannya sebagai zon tentera tertutup.

Serangan itu, tambahnya, menyasarkan 300 dunam tanah dan berlangsung selama lima jam, sebelum tentera pergi dengan pokok zaitun yang tercabut.

Serangan ini berlaku di tengah-tengah peningkatan ketara dalam serangan oleh  pelampau Israel ke atas komuniti Palestin  di seluruh Tebing Barat.

Semua penduduk haram Yahudi, petempatan dan "outpost" petempatan adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,706
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....