000000
X
PALESTIN
Seorang Lagi Mati Ditembak Rejim Zionis
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
10 November 2022 | 12.00 tengahari
JENIN - Seorang pemuda Palestin mati ditembak anggota rejim penjajah Israel di kawasan berhampiran tembok pemisah, barat Bandar Jenin.

Pengarah Persatuan Bulan Sabit Merah, Mahmoud Al-Saadi memaklumkan bahawa pemuda dari kampung Sawwar, selatan Jenin itu, telah cedera di bahagian kaki selepas ditembak oleh anggota rejim ketika beliau berada di kawasan tembok pemisah.

Tambahnya lagi, rejim Israel menangkap pemuda yang cedera itu dan membawanya ke Kem Salem seterusnya menyerahkan beliau kepada ambulan Bulan Sabit Merah dan pemuda itu dibawa ke Hospital Al-Razi di Jenin.

Kemudian, Kementerian Kesihatan mengumumkan kematian Pemuda yang bernama Rafat Ali Abdullah, berumur 29 tahun dari bandar Saanour.

Hamat membuat kenyataan bahawa, pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan Zionis tidak akan melemahkan kesungguhan orang Palestin untuk terus mempertahankan tanah Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,434
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....