000000
X
PALESTIN
Panggilan Ribath Halang Pelan Bahaya Israel
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
8 November 2022 | 12.00 tengahari
AL_AQSA - Para Pemantau Pakar Palestin menyeru umat Islam mempertahankan Masjid Al-Aqsa yang suci dari segala perancangan rejim Israel dan peneroka haram Yahudi. Dengan kemenangan parti ekstrimis dan pembentukan kerajaan Israel dalam masa yang terdekat, perancangan yang lebih bahaya akan dilaksanakan oleh pakatan kerajaan yang akan dibentuk.

Seorang pakar pemantau isu Aqsa dan penempatan haram, Hassan Khater, mengesahkan bahawa akan berlakunya gelombang pengyahudian masjid Al-Aqsa  yang lebih hebat oleh peneroka haram Yahudi ini. Antaranya merobohkan struktur sedia ada, dan menaikkan struktur binaan baharu.

Khater juga memberitahu rejim Israel juga sedang mempercepatkan operasi pengyahudian dengan pelbagai cara. Jika ia terus berlaku dalam kadar secepat ini, situasi hubungan di Aqsa akan menjadi sangat buruk.

Beliau menerangkan bahawa, ahli politik Israel, Ben Gvir mencari populariti dan menguatkan reputasi dirinya dengan menceroboh Al-Aqsa. Dan strategi ini memenangkan beliau dalam pilihanraya yang terkini. Ini membuktikan, pemimpin Israel melakukan kezaliman dan jenayah terhadap Palestin dan penduduknya untuk mengaut manfaat politik mereka.

Hanya dengan cara ribath masjid Al Aqsa dapat dipertahankan dan semua penduduk Palestin harus melaksanakannya, tambah beliau lagi
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,906
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....