000000
X
PALESTIN
Operasi menembak dan rempuhan oleh pejuang Palestin
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
31 Julai 2022 | 3.40 Petang
Pejuang Palestin melaksanakan beberapa operasi tembakan dan rempuhan keatas tentera Israel berdekatan dengan bandar Khalil pada malam semalam. 

Operasi tembakan dilakukan dengan menaiki kenderaan dan menembak ke arah tentera Israel berdekatan dengan Khalil.

Setelah itu, tentera Israel melaksanakan operasi pencarian bagi mencari pelaku tembakan tersebut. 

Pada masa yang sama, pejuang Palestin juga melaksanakan operasi rempuhan ke atas beberapa tentera Israel berdekatan dengan perkampungan Bani Na’im di timur Khalil.

Walaubagaimanapun, tentera Israel berjaya merampas kenderaan tersebut dan pelaku berjaya melarikan diri dari tempat kejadian. Para pejuang dilihat meningkatkan serangan mereka ke atas tentera Israel terutamanya di kawasan barat Tebing Barat. Pada masa yang sama, penceroboh Israel dan tentera Israel juga semakin galak menceroboh dan merampas hak-hak rakyat Palestin.

Manakala di bandar Jenin dan Nablus terutamanya, para pejuang menghadapi serangan tentera Israel yang berulang kali. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,287
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....