000000
X
PALESTIN
Rumah penduduk Palestin di Tebing Barat dimusnah
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
2 November 2022 | 10.12 malam
TEBING BARAT - Tentera Zionis Israel telah menjalankan operasi dengan bentuk serangan baharu di beberapa kawasan berasingan di Tebing Barat, bermula dengan operasi menghancurkan petempatan rakyat Palestin serta memberi notis amaran untuk merobohkan bangunan milik rakyat Palestin.

Tentera Zionis Israel menjalankan operasi yang kejam ini dengan memusnahkan tanah Palestin di Kampung Qasra, daerah Nablus serta menghantar notis robohan gudang di Khirbet Yarza, timur Tubas.

Dalam pada itu, tentera Zionis mengeluarkan perintah untuk menghentikan pembinaan gudang milik rakyat Palestin, Ismail Daraghmeh yang mempunyai kawasan seluas 70 meter dan ingin merobohkannya dalam tempoh tujuh hari.

Sementara itu, tentera Zionis juga turut menubuhkan pusat pemeriksaan tentera di pintu masuk bandar Habla, tenggara Qalqilya.

Mereka juga meletakkan penghadang konkrit berbentuk kiub di pintu masuk bandar, melakukan sekatan jalan raya, menggeledah kenderaan dan memeriksa identiti pemandu serta penumpang kenderaan tersebut.

Operasi ini semakin giat dijalankan selepas kesyahidan Habas Abdel Hafeez Yusuf Rayyan, selepas beliau bertindak menyerang Israel melalui taktik langgar lari berhampiran Ramallah, yang mengakibatkan kecederaan serius seorang tentera Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,800
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....