000000
X
PALESTIN
Pilihanraya "Knesset" tidak akan memberi kesan kepada perjuangan rakyat Palestin
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
1 November 2022 | 6.10 Petang
Jurucakap gerakan Hamas Abdul Latif Al-Qanu’ berkata, hala tuju masyarakat zionis dan pendatang-pendatang Israel tidak akan memberi sebarang perubahan kepada mereka walaupun diadakan pilihanraya Kneseet pada hari ini, Selasa. Pilihanraya tersebut tidak akan mengubah pendirian mereka atau pegangan mereka, ianya akan kekal sebagai pendatang yang menduduki tanah rakyat Palestin dan perampas hak kami.

Al-Qanu’ menambah  di dalam satu kenyataan akhbar, “kami melihat pelbagai parti Zionis yang yang bersaing dalam pelbagai entiti di atas tanah kami, serta menceroboh kesucian Masjid Al-Aqsa dengan mencerobohinya, oleh itu kami tidak mengharapkan apa-apa keputusan daripada pilihanraya tersebut.”

Jurucakap gerakan itu menegaskan bahawa rakyat Palestin akan meneruskan agenda mereka iaitu mempertahankan tanah ini dan kesuciannya. Dan mereka tidak akan memberi perhatian kepada pilihanraya tersebut walau apa pun keputusannya nanti.

Beliau juga menegaskan lagi bahawa mana-mana kerajaan yang wujud selepas pilihanraya itu nanti tidak akan melemahkan kebangkitan rakyat Palestin yang semakin memuncak menentang penjajah Israel. Dan pendirian kami adalah untuk berjuang sehingga semua tanah kami dapat dibebaskan. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,657
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....