000000
X
PALESTIN
Israel Tutup Pintu Masuk ke Hebron
Oleh: Rusydan Yusup
31 Oktober 2022 | 1.52 Petang
HEBRON - Pasukan Keselamatan Israel pada hari Ahad menutup semua pintu masuk ke bandar Hebron (Khalil) dan pintu masuk ke bandar serta  kampung berdekatan, lapor agensi berita rasmi Palestin, WAFA.

Tentera Israel turut menyerbu dan menggeledah beberapa rumah di bandar tersebut dan bandar berdekatan Bani Na'im. Sekurang-kurangnya dua rakyat Palestin telah ditangkap semasa serbuan itu.

Kejadian itu berlaku selepas Mohammad Kamal Jabari terbunuh berikutan serangan tembakan di penempatan haram Yahudi Kiryat Arba, di mana seorang penduduk haram Yahudi terbunuh dan lima lagi cedera. Seorang paramedik Palestin turut cedera akibat tembakan Israel sejurus selepas kejadian itu.

Palang Merah Palestin mengesahkan bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke arah ambulans di kawasan itu, mencederakan paramedik Ahmad Abu Khaled dengan tembakan langsung di bahunya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,504
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....