000000
X
PALESTIN
Tahanan wanita Palestin tidak dibenarkan berhubung dengan keluarga mereka
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
29 Oktober 2022 | 10.00 Malam
PALESTIN - Pihak pentadbiran penjara Damoun Israel melarang tahanan wanita Palestin daripada berhubung dengan keluarga mereka melalui telefon awam.

Keluarga tahanan tersebut melaporkan larangan itu kepada Pejabat Penerangan Tahanan bahawa pihak pentadbiran penjara menghukum mereka dengan cara memutuskan hubungan dengan keluarga mereka.

Jelas keluarga tahanan tersebut, bantahan berlaku selepas seorang tahanan yang bernama Azhar Assaf mengalami komplikasi kesihatan yang teruk akibat kecuaian pihak penjara dalam menjaga kebajikan kesihatan beliau. Pihak penjara menangguhkan pemindahan beliau ke hospital selama beberapa jam, walaupun beliau akhirnya dihantar ke hospital, beliau telah diberi rawatan yang salah mengakibatkan tahap kesihatan beliau semakin merosot sehingga kini.

Sebagai bantahan kepada kecuaian yang disengajakan itu, tahanan wanita yang lain mengambil langkah dengan tidak mengambil makanan yang diberikan oleh pihak penjara kepada mereka. 

Menurut keluarga tahanan lagi, kebajikan para tahanan di penjara telah diabaikan oleh pihak penjara dan tiada tindakan susulan yang dilakukan oleh pihak penjara atau pihak Palang Merah.

Walaubagaimanapun, pihak penjara hanya memberi masa selama satu jam sahaja kepada mereka untuk membuat panggilan dengan keluarga mereka. Satu jam itu tidak cukup memandangkan mereka perlu berkongsi masa tersebut dengan seluruh tahanan lain. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,526
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....