000000
X
PALESTIN
Respon balas terhadap PM Israel: Penjajahan berterusan punca ketidakstabilan, kata jurucakap presiden
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
26 Oktober 2022 |7.56 pagi
RAMALLAH - Jurucakap Presiden Palestin Nabil Abu Rudeineh semalam memberi respon kepada kenyataan perdana menteri Israel Yair Lapid, di mana beliau berkata bahawa “Presiden Mahmoud Abbas mesti mempunyai kawalan di lapangan jika dia mahukan kestabilan dalam kuasanya,” sedangkan ketidakstabilan itu adalah disebabkan oleh peningkatan penjajahan berbahaya yang berterusan oleh rejim Israel dan pendatang haram Yahudi ekstremis.

“Kesinambungan pembunuhan, penyerbuan tapak suci di Baitulmaqdis dan Hebron, dan langkah-langkah unilateral yang diambil oleh pihak rejim Israel mendorong keadaan lebih berbahaya,” kata Abu Rudeineh dalam satu kenyataan. “Oleh itu, Israel mesti menghentikan jenayah ini dan pentadbiran AS mesti bertanggungjawab untuk campboleur tangan dan memaksa Israel berbuat demikian.”

Abu Rudeineh berkata peningkatan jenayah Israel membawa kepada pembunuhan 6 orang dalam beberapa jam terakhir dan kecederaan lebih daripada 40 orang awam, adalah apa yang membawa kepada ketidakstabilan, sama ada berlaku di Jenin atau pengepungan Nablus dengan menegaskan bahawa kestabilan dan keselamatan rantau ini bergantung kepada pematuhan kepada legitimasi antarabangsa dan bukan kepada tindakan unilateral.

Jurucakap presiden menegaskan bahawa tidak ada keamanan tanpa Baitulmaqdis dan tempat-tempat sucinya, dan tiada keselamatan atau kestabilan tanpa persetujuan rakyat Palestin dan kepimpinan mereka malah rejim Israel perlu menamatkan penjajahan seterusnya menubuhkan negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur dan tempat sucinya sebagai ibu kotanya. Presiden Abbas dan rakyat Palestin tidak akan menerima sebarang penyelesaian sama sekali, tanpa mengira tekanan dan cabaran.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,674,782
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....