000000
X
PALESTIN
Kementerian Pendidikan Israel membatalkan lesen tetap sekolah Palestin di Baitulmaqdis
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
27 Oktober 2022 | 2.21 petang
  BAITULMAQDIS – Kakitangan Kementerian Pendidikan Israel semalam melakukan pemeriksaan beg pelajar Palestin Sekolah al-Iman dan Sekolah al-Ibrahimia, kejiranan Baitulmaqdis Beit Hanina untuk mencari kurikulum Palestin, menurut wartawan WAFA. 

Pemeriksaan tersebut merupakan sebahagian daripada langkah lebih luas yang diambil oleh Kementeian Pendidikan Israel untuk mengenakan kurikulum Israel dan memalsukan naratif sejarah.

Kementerian Hal Ehwal Baitulmaqdis Palestin mengecam serbuan sekolah dan menggeledah beg pelajar, menyifatkannya sebagai "keganasan intelektual yang dikutuk oleh semua undang-undang antarabangsa."

Pada penghujung Julai 2022, Kementerian Pendidikan Israel meluluskan pembatalan lesen tetap untuk sekolah Palestin di Baitulmaqdis kerana menyifatkan kurikulum pendidikan sebagai "hasutan terhadap Israel dan tentera dalam buku teks.”

Menteri Yifat Shasha-Biton mengancam untuk membatalkan lesen setiap institusi pendidikan yang mengandungi kurikulum yang menghasut kepada "Negara Israel dan simbolnya."

Hal ini berlaku selepas beberapa siri pemeriksaan ke atas sekolah-sekolah ini dijalankan oleh Jabatan Kawalan dan Penguatkuasaan Kementerian Israel, yang melibatkan pemilihan buku daripada beg pelajar di dalam bilik darjah dan memanggil pengetua sekolah ke jawatankuasa mendengar.

Kementerian akhirnya membatalkan lesen operasi tetap 6 sekolah dan menggantikannya dengan lesen sementara selama setahun, di mana sekolah berkenaan terpaksa  untuk mengeluarkan beberapa kandungan sebagai syarat untuk memulangkan lesen.

Sekolah yang terjejas ialah Kolej Abrahamic di kawasan kejiranan al-Sawana, yang diasaskan pada tahun 1931, dan Sekolah Iman, dengan 5 cawangannya di seluruh al-Quds yang diduduki, ditubuhkan pada tahun 1984.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,667,465
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....