000000
X
PALESTIN
Pengerusi Bank Israel Bakal Berucap di Saudi
Oleh: Rusydan Yusup
26 Oktober 2022 | 1.42 PM
Pengerusi Bank Israel, Leumi, dijadual berucap pada persidangan pelaburan utama Arab Saudi di Riyadh pada Khamis, sebagai tanda terbaru potensi pemurnian hubungan antara kedua-dua negara, lapor Reuters.

Hubungan antara Israel dan beberapa negara Teluk Arab semakin hangat sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana mereka berkongsi kebimbangan mengenai pengaruh Iran di rantau itu. Pada 2020, sekutu teluk Riyadh, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain menandatangani perjanjian bersejarah yang ditengahkan Amerika Syarikat (AS) untuk menormalkan hubungan dengan Israel.

Penganjur Persidangan Inisiatif Pelaburan Masa Depan (FII) mengesahkan kehadiran Pengerusi Bank Leumi, Samer Haj Yehia ketika menjawab pertanyaan Reuters. Bank Leumi, salah satu daripada dua bank terbesar Israel, enggan mengulas.

Haj Yehia dijangka berucap pada panel bertajuk "Mengubah Perbankan dan Pelaburan untuk Ekonomi Berdaya Tahan" bersama eksekutif kewangan tertinggi lain, termasuk dari Rothschild & Company, Societe Generale dan Wells Fargo, menurut agenda FII.

Haj Yehia ialah orang Arab Israel pertama yang berkhidmat sebagai Pengerusi Bank.

Edisi keenam FII diadakan di tengah-tengah perbalahan awam antara Riyadh dan Washington berhubung keputusan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC+) untuk mengurangkan pengeluaran minyak, langkah yang dijanjikan Presiden AS Joe Biden akan memberi "kesan" terhadap hubungan AS-Saudi.

Eksekutif tertinggi Wall Street, termasuk Jamie Dimon dari JPMorgan, David Solomon dari Goldman Sachs dan ramai yang lain, menghadiri hari pertama acara itu pada hari Selasa.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,694
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....