000000
X
PALESTIN
Lebih ramai penduduk Palestin di Tebing Barat ditangkap oleh Israel
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
24 Oktober 2022 | 3.26 Petang
Tentera Israel menangkap beberapa orang penduduk Palestin semasa mereka mengadakan operasi serbuan di beberapa wilayah di Tebing Barat antaranya, Ramallah, Baitlahim dan Qalqilya.

Menurut laporan daripada sumber tempatan, tentera menangkap seorang pemuda Palestin yang bernama Ahmed Al-Amour dari bandar Taqu’, Betleham. Menurut maklumat, tentera menyerbu rumah beliau dan menggeledah rumahnya sebelum menahan beliau.

Manakala di Ramallah, tentera Israel menangkap beberapa orang lagi penduduk Palestin antaranya Fares Al-Tarifi, Jihad Abu Alia, Abdul Rahman Saed dan Wissam Ayman Abu Alia.

Selain itu, tentera juga mengambil beberapa orang kanak-kanak sebagai tahanan.

Tentera Israel melancarkan kempen tangkapan secara besar-besaran yang dilaksanakan hampir tiap hari ke atas penduduk Palestin. Kempen tangkapan tersebut merangkumi golongan wanita, kanak-kanak dan orang tua. Kempen ini dilaksanakan di tengah kehangatan konflik antara tentera Israel dan penduduk Palestin yang kian meningkat.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,677,173
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....