000000
X
PALESTIN
Pengepungan di Nablus sudah memasuki hari ke-10
Oleh: Faris Al-Islam Bin Mohd Zalani
20 Oktober 2022 | 3.19 Petang
Tentera Israel terus mengetatkan kepungan mereka ke atas bandar Nablus untuk hari yang ke sepuluh berturut-turut.

Tentera menutup pusat pemeriksaan utama dan cawangannya yang lain. Selain itu, tentera juga menghalang sebarang kenderaan daripada dalam Nablus untuk keluar daripada kepungan tentera.

Selain itu, tentera juga menambah sekatan jalan raya di dalam kawasan kepungan terutamanya di perkampungan selatan dan timur wilayah Nablus. 

Jawatankuasa penyelaras di Nablus merayu kepada seluruh rakyat Palestin termasuk di Tebing Barat untuk melancarkan kempen meluas bagi memecahkan pengepungan tentera Israel di Nablus yang sudah memasuki hari ke sepuluh.

Jawatankuasa tersebut memberi penegasan kepada rakyat Nablus supaya tidak menerima tekanan yang dikenakan kepada mereka oleh tentera Israel, malah rakyat sepatutnya menentang penjajahan dan pengepungan ini.

Ia juga menyeru pihak berkuasa dan kerajaan di Ramallah untuk memikul tanggungjawab mereka terhadap semua nasib rakyat Palestin yang ditindas. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,901
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....