000000
X
PALESTIN
Ketua Pengarah NGO ditahan Israel selama dua jam
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
22 Ogos 2022 | 11.00 tengahari
Semalam, Ahad, tentera Israel memanggil dan menahan sebentar Khaled Quzmar, Pengarah Besar organisasi Pertahanan Kanak-Kanak Palestin (DCIP), menurut catatan yang disiarkan di laman Twitter rasmi pejabat itu.

Organisasi itu berkata dalam tweet bahawa "Khaled Quzmar, Pengarah Besar DCIP, berada dalam tahanan Agensi Keselamatan Israel (Shin Bet) kerana sekali lagi pihak berkuasa Israel meningkatkan serangan terhadap DCIP, Al-Haq, Addammer, dan lain-lain." 

Ia menambah bahawa Quzmar telah dipanggil untuk disoal siasat oleh Agensi Keselamatan Israel.

"Quzmar menerima panggilan telefon pada 2:25 petang waktu tempatan daripada ejen Shin Bet yang memanggilnya untuk disoal siasat. Beliau pergi ke pangkalan tentera Ofer Israel tidak lama selepas itu," kata organisasi itu.

"Seorang saksi di pangkalan tentera Ofer melihat Quzmar diiringi masuk ke premis Shin Bet sekitar jam 3:20 petang. Quzmar tidak dibenarkan mendapatkan peguam bela menemaninya. Kami sedang menunggu maklumat terkini."

Quzmar disoal siasat selama dua jam kemudian dibebaskan, menurut sumber.

Minggu lalu, tentera Israel menyerbu ibu pejabat tujuh pertubuhan hak asasi manusia dan masyarakat sivil Palestin di bandar Ramallah dan al-Bireh di Tebing Barat dan mengarahkan tempat itu ditutup selepas menggeledah mereka dan merampas dokumen.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,676,859
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....