000000
X
PALESTIN
Hamas membina hubungan yang kukuh dengan Syria Demi Perjuangan Palestin.
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
19 Oktober 2022 | 10.37 Malam
GAZA - Briged Jihad Islami menyambut baik keputusan Hamas dalam menyambung kembali hubungan mereka bersama Republik Arab Syria. Salah seorang pemimpin Jihad Islami, Khder Habib berkata dalam satu kenyataan kepada agensi berita ‘Shehab’, bahawa gerakannya melihat kembalinya hubungan Hamas dan Syria sebagai pengukuhan paksi perjuangan dan merupakan langkah yang relevan dalam menentang penjajahan Israel.

Habib menjelaskan bahawa hubungan ini merupakan rancangan demi kepentingan projek perjuangan Palestin. Beliau menegaskan bahawa sebarang keputusan jalinan hubungan antara gerakan Palestin dengan pihak lain, tujuan utamanya adalah sebagai strategi perjuangan.

Beliau juga mengatakan bahawa kerajaan Syria telah menunjukkan inkubator menyahut perjuangan Palestin dan menentang penjajahan Israel secara konsisten dan menunjukkan peranannya dalam menyokong perjuangan Palestin.

Dalam pada itu, satu pertemuan telah diadakan antara Presiden Syria Bashar Al-Assad dan delegasi Palestin, termasuk pemimpin Hamas, Dr Khalil Al-Hayyah.

Dalam satu kenyataan bertarikh 15 September, Hamas mengumumkan bahawa mereka akan terus membina hubungan yang kukuh dengan Syria dengan tujuan memperkuat perjuangan Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,677,211
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....