000000
X
PALESTIN
Pihak berkuasa Malaysia berjaya bebaskan warga Palestin yang diculik oleh Mossad Israel
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
18 Oktober 2022 | 10.50 pagi
MALAYSIA -  Pihak berkuasa Malaysia berjaya membebaskan seorang warga Palestin dari Semenanjung Gaza, selepas dia diculik oleh Mossad Israel di ibu negara, Kuala Lumpur. 

Sumber memberitahu Al Jazeera bahawa penculikan terbabit berlaku pada akhir September dan Mossad mengupah ejen Malaysia untuk melaksanakannya. 

Sumber tersebut menambah bahawa risikan Malaysia dapat mengesan lokasi penculik, menangkap mereka serta membebaskan aktivis berkenaan dalam tempoh 24 jam. 

Sumber-sumber menunjukkan bahawa Mossad menyoal siasat aktivis Palestin berkenaan melalui pautan video dari Tel Aviv berhubung hubungannya dengan Briged Al-Qassam. 

Hal ini menunjukkan bahawa ejen Malaysia yang terlibat dalam penculikan aktivis Palestin berkenaan telah dilatih oleh Mossad di negara-negara Eropah.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,676,471
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....