000000
X
PALESTIN
Dua Tentera Israel cedera di Baitul Maqdis
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
13 Oktober 2022 | 2.28 Petang
Dua tentera Israel mengalami kecederaan pada petang semalam akibat pertempuran dengan pejuang Palestin di perkampungan Al-Isawiya, Baitul Maqdis.

“Yayasan Penyelamat Tanpa Sempadan” Israel berkata, dua askar mengalami kecederaan akibat terkena percikan bunga api yang dilepaskan ke arah mereka di Issawiya.

Manakala menurut sumber tempatan,tentera Israel tersebut dihujani dengan batu dan mercun ke arah mereka. 

Walaubagaimanapun, sebilangan kecil penduduk Baitul Maqdis turut mengalami kecederaan semasa pertempuran dengan tentera Israel. Sumber agensi media daripada Israel mengatakan bahawa tentera Israel telah hilang kawalan ke atas kota Baitul Maqdis. 

Antara tempat pertempuran yang paling menonjol di Baitul Maqdis adalah di Al-Isawiyya, Jabal Mukabber, Sur Baher, Silwan, Ras Al-Amud, kem pelarian Shuafat, dan beberapa tempat lagi. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,345
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....