000000
X
PALESTIN
Ketegangan Kem Shuafat: Rakyat Palestin Lancar Mogok
Oleh: Rusydan Yusup
13 Oktober 2022 | 1.35 Petang
TEBING BARAT: Pelbagai kawasan di Tebing Barat dan kem pelarian Shuafat menyaksikan keadaan tegangan sejak pagi Rabu, berikutan serbuan berterusan oleh tentera Israel serta serangan dan penderaan terhadap rakyat Palestin.

Mogok umum dilakukan di sekolah-sekolah di Baitul Maqdis, sebagai mematuhi keputusan keingkaran awam yang dikeluarkan oleh penduduk kem Shuafat, bagi menolak pengepungan yang dikenakan ke atas kem dan bandar Anata yang berdekatan untuk hari kelima berturut-turut.

Aktivis dan jawatankuasa di kawasan itu memberi amaran bahawa bekalan makanan asas akan kehabisan jika kepungan berterusan, dan syarikat-syarikat tidak dibenarkan masuk untuk menghantar barangan.

Di bandar Nablus, mogok umum telah dilancarkan sebagai menyahut seruan kumpulan Lions' Den yang baru ditubuhkan.

Kumpulan itu telah mengumumkan bahawa hari Rabu akan menjadi hari mobilisasi, mogok umum, dan protes menyeluruh di setiap titik di Tebing Barat, sebagai solidariti dengan penduduk kem Shuafat di Baitul Maqdis yang dijajah, yang menghadapi kepungan dan sekatan yang dikenakan oleh penjajah Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,504
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....