000000
X
PALESTIN
Ismail Haniyah memimpin delegasi Hamas ke Algeria
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
11 Oktober 2022 | 3.26 Petang
PALESTIN - Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah telah tiba di Algeria pada petang Isnin semalam. Beliau memimpin delegasi daripada pergerakan tersebut untuk mengambil bahagian di dalam mesyuarat kebangsaan Algeria. Antara intipati mesyuarat tersebut adalah mengenai perpaduan dan kesatuan rakyat Algeria. Ismail Haniyah diundang atas jemputan Presiden Algeria, Abdel Majid Tebboune.

Antara delegasi Hamas yang turut hadir ialah Khalil al-Haya, Maher Salah dan Husam Badran selaku ahli biro politik gerakan islam tersebut. Delegasi daripada Hamas tersebut akan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan negara Algeria bersama dengan tentera Palestin bagi mencapai perpaduan rakyat Palestin disamping mengeratkan hubungan negara tersebut dengan Algeria. Selain itu, pertemuan tersebut juga bertujuan untuk mebangkitkan isu perjuangan Palestin pada sidang kemuncak Arab yang akan diadakan pada bulan hadapan.

Pemimpin gerakan Hamas tersebut memberi penegasan akan keperluan kejayaan usaha Algeria bagi merealisasikan penyatuan rakyat Palestin bagi menghadapi cabaran yang mencabar pada masa akan datang. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,573
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....