000000
X
PALESTIN
Haniyeh: Dasar Gantis Tidak Logik, Kegiatan Israel Wajib Dibendung
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
4 Ogos 2022 | 4.50 Petang
Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh berkata bahawa segala ancaman yang dibuat oleh rejim penjajah Israel terutamanya yang dikeluarkan oleh Menteri Peperangannya, Gantis langsung tidak dapat diterima. Haniyeh menegaskan mereka, rejim penjajah Israel mesti dibendung dan dihalang dari terus memudaratkan rakyat Palestin melalui kuasa dan undang-undang mereka.


Kenyataan itu dikeluarkan semasa Haniyeh menerima panggilan telefon daripada Penyelaras Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tour Winsland, dalam perbincangan dua pihak itu berkenaan situasi politik dan realiti terkini di Palestin termasuk isu siri-siri penangkapan rakyat Palestin oleh Israel, pencerobohan, penerokaan haram di Tebing Barat dan penutupan akses laluan di Gaza.

Katanya lagi, Jika PBB tidak membendung perkara ini, rakyat Palestin bakal menghadapi kehilangan hak kemanusiaan terutamanya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Haniyeh menambah, “ kami ditindas dengan cara yang bersistematik melalui dasar kejam Israel yang diamalkan dari utara hingga selatan Tebing Barat, dan kepungan terancang di semenanjung Gaza.

Haniyeh juga berkata, PBB juga perlu melaksanakan tanggung jawabnya menghantar bahan api dan tepung kepada kem-kem pelarian Palestin.

Dalam satu notis yang dihantar kepada penempatan Al-Khalf Petang semalam, Rejim penjajah Israel membuat keputusan untuk menutup laluan masuk ke Gaza berikutan situasi keselamatan yang semakin memburuk akibat penahanan salah seorang ketua Parti Jihad Islami, Syeikh Bassam Al-Saadi di Jenin. 

Briged Saraya Al-Quds, di bawah Jihad Islami mengumumkan persediaan dan persiapan mujahidin dan unit perang mereka sebagai tindak balas terhadap penangkapan pemimpin mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,377
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....