000000
X
PALESTIN
Haniyeh Terima Panggilan Penyelaras PBB Bincang Isu Palestin
Oleh: Rusydan Yusup
4 Ogos 2022 | 1.55 Tengahari
PALESTIN - Ketua Biro Politik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) Ismail Haniyeh telah menerima panggilan telefon daripada Penyelaras Khas Proses Keamanan Timur Tengah, Tor Wennesland.

Dalam panggilan telefon, Haniyeh telah berbincang mengenai perkembangan politik terkini dengan rakan sejawatannya serta isu penahanan rakyat Palestin.

Mereka juga membincangkan mengenai penangkapan dan petempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Haniyeh menekankan keperluan rejim Israel menghentikan pencabulan mereka terhadap rakyat Palestin dan menghentikan projek penempatan haram Yahudi dan pencerobohan ke dalam Masjid Al-Aqsa.

Beliau mengesahkan bahawa langkah Israel itu bertujuan untuk memberi kesempitan terhadap rakyat Palestin dan memburukkan lagi keadaan politik dan kemanusiaan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Ketua Biro Politik Hamas itu menambah: "Kami menghadapi dasar terancang Israel yang digunakan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza," menekankan bahawa strategi Israel itu mengetatkan kepungan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza.

Pegawai tertinggi Hamas itu juga menyeru penyelaras PBB untuk berusaha ke arah menghentikan langkah dan jenayah Israel terhadap rakyat Palestin.

Beliau juga menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menambah beban tanggungjawab mereka dalam usaha melonggarkan sekatan Israel yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza.

Haniyeh memberitahu Wennesland bahawa ancaman yang dibuat oleh pemimpin Israel, khususnya bekas menteri peestnrang mereka,Benjamin Gantz, terhadap rakyat Palestin adalah tidak boleh diterima. Beliau juga menyeru PBB untuk menghentikan dasar agresif Israel terhadap rakyat Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,454
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....