000000
X
PALESTIN
Isu Pengusiran Rakyat Palestin: PBB Salahkan Israel
Oleh: Rusydan Yusup
4 Ogos 2022 | 1.38 Tengahari
Pertubuhan PBB, pada hari Rabu, menuduh Israel menyebabkan pengusiran penduduk Palestin yang tinggal dalam komuniti Badwi di Tebing Barat yang dijajah, lapor Agensi Berita Anadolu.

Dalam laporan, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) berkata kira-kira 100 rakyat Palestin terpaksa meninggalkan komuniti Badwi Ras At-Teen berhampiran bandar Ramallah bulan lalu.

Laporan itu menyebut bahawa keadaan hidup yang tidak tertanggung akibat "langkah paksaan" Israel, keganasan pendatang haram Yahudi dan perobohan tempat perlindungan mereka sebagai sebab yang memaksa penduduk Palestin meninggalkan komuniti tempat tinggal mereka.

PBB dalam laporannya itu menyeru rejim Israel untuk menghentikan dasar perobohan rumah dan rampasan tanah, meminta pendatang haram Yahudi bertanggungjawab atas keganasan mereka terhadap penduduk Palestin dan menghalang tentera Israel daripada menggunakan kekerasan yang berlebihan terhadap mereka.

Dianggarkan terdapat kira-kira 660,000 pendatang haram Yahudi tinggal di 145 petempatan haram dan 140 pos di Tebing Barat yang dijajah.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua petempatan Yahudi di wilayah yang dijajah dianggap haram.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,591
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....