000000
X
PALESTIN
Tentera rejim roboh rumah, hapuskan rangkaian elektrik serta putuskan bekalan air di Masafer Yatta
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
4 Ogos 2022 | 8.29 pagi
HEBRON - Tentera rejim memberitahu warga Masafer Yatta, Selatan Hebron semalam untuk merobohkan sebuah rumah dan menghentikan kerja di dua rumah lain di kampung Al-Tuwana dan Shaab Al-Butm.

Penyelaras Jawatankuasa Perlindungan dan Ketahanan di Masafer Yatta, selatan Hebron, Fouad Al-Amour, menyatakan bahawa tentera rejim menyerbu Al-Tawana dan memberitahu Ashraf Mahmoud Al-Amour untuk merobohkan rumahnya seluas 70 meter persegi, di mana dia tinggal bersama ahli keluarganya yang terdiri daripada lapan orang. 

Tambahnya lagi, tentera rejim turut memaklumkan mengenai penghapusan rangkaian elektrik yang bertujuan untuk membekalkan keperluan elektrik kepada beberapa penduduk di kawasan penempatan haram baharu di kampung Al-Tawana. 

Sebelum ini tentera rejim telah memusnahkan rangkaian air yang merupakan punca makanan kepada pusat-pusat penduduk di sepanjang kawasan yang memanjang dari Khallet al-Dabaa sehingga ke kawasan Al-Mafqarah di Masafer Yatta, selatan Hebron. 

Tentera rejim bukan sahaja merobohkan rumah sedia ada malah mengarahkan penduduk, Issa dan Hani Jabarin untuk menghentikan kerja pembinaan rumah yang sedang dalam pembinaan di kampung Shaab Al-Butm.

Tentera rejim meningkatkan serangan mereka terhadap warga Masafer Yatta dengan merobohkan rumah dan kemudahan, menghalang rakyat daripada membina rumah serta menghalang mereka daripada mendapatkan bekalan elektrik dan air minuman. Hal ini bertujuan untuk memindahkan mereka dari rumah mereka dan meninggalkan tanah mereka agar pos-pos penempatan berselerak di situ terus berkembang
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,674,286
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....