000000
X
PALESTIN
Hamas menyambut baik jemputan Algeria bagi dialog nasional
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
6 Oktober 2022, 8.17 malam
PALESTIN - Gerakan Hamas menyambut baik jemputan rasmi Republik Algeria untuk mengambil bahagian dalam dialog nasional Palestin yang bakal diadakan.

Ketua Perhubungan Negara bagi gerakan Hamas, Hossam Badran, dalam kenyataannya berkata bahawa kepimpinan Hamas mengalu-alukan jemputan ini dan turut mengesahkan kesediaannya untuk memberikan komitmen sepenuh tenaga bagi menjayakan usaha Algeria dalam mencapai perpaduan nasional serta menyusun strategi kemenangan Palestin secara lengkap dan menyeluruh melalui langkah yang betul.

Ujar beliau lagi, delegasi Hamas ke Algeria akan diketuai oleh Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan beberapa anggota pejuang Hamas yang lain di bawah biro politik seperti Dr. Khalil Al-Hayya, Dr. Maher Salah dan Hossam Badran sendiri.

Badran juga menyeru umat Islam terutama rakyat Palestin untuk memperteguhkan azam dan kemahuan bagi menyokong usaha Algeria yang dianggarkan berjaya dalam membantu rakyat Palestin secara adil.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,663,030
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....