000000
X
PALESTIN
Lima Ditangkap Termasuk Tiga Perempuan Palestin Pertahan Masjid Aqsa
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
6 Oktober 2022 | 11.30 pagi
BAITULMAQDIS - Rejim penjajah Israel menangkap 5 orang murabitun dan orang yang solat di dalam masjid Al-Aqsa.

Sumber tempatan menyatakan rejim Israel menangkap seorang budak perempuan (identiti masih belum dikenal pasti) di hadapan Bab Al-Asbat (salah satu pintu masuk Masjid Aqsa), juga murabitun bernama Al-Muntar Nael Jabarin, dan budak lelaki bernama Suhaib Hijazi di perkarangan Masjid Aqsa.

Sumber itu menambah, rejim Israel juga menahan 2 orang wanita sebelum meninggalkan Al-Aqsa, dan membawa mereka ke salah satu pusat tahanan di kota suci itu.

Ratusan peneroka haram Yahudi menyerbu masuk ke perkarangan masjid itu pada pagi hari dengan perlindungan dari anggota rejim Israel untuk mengingati hari “ Feast of Forgiver.”

Seruan telah diumumkan untuk orang Islam mempertahankan Aqsa dengan ribat menghalang puak Yahudi melakukan ritual keagamaan mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,084
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....