000000
X
PALESTIN
Rakyat Palestin tidak tergugat dengan ancaman pencerobohan Masjid Al-Aqsa : Sheikh Ikrimah Sobri
Oleh: Nadhratul Hana’ Binti Mohd Soberi
4 Ogos 2022 | 10.02 malam
GAZA - Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ikrimah Sobri mengesahkan bahawa Israel masih meneruskan pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa dan berniat untuk mengubah realiti penguasaan masjid ini daripada tangan umat Islam kepada tangannya yang dilaknat. Sebelum ini, kerajaan haram Israel telah membenarkan 3,000 pendatang haram Israel untuk menceroboh Masjid Al-Aqsa pada hari Sabtu dan Ahad akan datang, sempena ulang tahun Hari Memperingati Keruntuhan Kuil Sulaiman.

Dalam pada itu, beliau juga menyampaikan sebuah kenyataan kepada agensi Shehab bahawa Zionis Israel hanya mengambil kesempatan terhadap kesedihan mereka dalam memperingati keruntuhan kuil itu sebagai alasan menceroboh Masjid Al-Aqsa. Mereka menceroboh dengan kumpulan yang besar supaya dapat menguasai masjid. Sheikh Ikrimah juga menambah strategi Israel ini, termasuk memasang penghadang elektronik untuk menguasai masjid sudah lapuk dan sentiasa menemui kegagalan.

Jelasnya, Zionis Israel kini mahu menguasai Al-Aqsa secara berperingkat supaya dunia Islam tidak bangkit memberontak, sambil menyatakan bahawa kaedah dan strategi halus ini langsung tidak menggugat penduduk Baitul Maqdis. Sheikh Ikrimah turut menegaskan bahawa Al-Aqsa ialah hak umat Islam dan akan sentiasa menolak sebarang percubaan terhadap pencerobohan Al-Aqsa yang dilakukan oleh Israel juga sekutunya.

Imam Masjid Al-Aqsa ini menyeru umat Islam di Palestin untuk sentiasa berada di perkarangan Al-Aqsa demi menghalang rancangan pencerobohan Zionis Israel hujung minggu ini. Beliau juga menyeru negara-negara Arab supaya memikul amanah terhadap perjuangan pembebasan Palestin dan mempertahankan kiblat pertama umat Islam
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,358
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....