000000
X
PALESTIN
Tentera Israel sekat pergerakan rakyat Palestin dengan menutup pintu masuk di Bethlehem
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
4 Oktober 2022 | 9.03 pagi
BETHLEHEM – Tentera rejim pada petang Isnin menutup pintu masuk bandar Tuqu‘, tenggara Bethlehem, menurut seorang pegawai tempatan.

Menurut Datuk Bandar, Tayseer Abu Mifreh, berkata bahawa tentera rejim menutup pintu masuk barat dan utara bandar selatan Tebing Barat malah askar yang membawa senjata api menyerbu bandar dan mengepung kawasan kawasan Khirbet Ad-Deir sehingga mencetuskan konfrontasi.

Askar melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan, seorang kanak-kanak bawah umur terkena peluru keluli bersalut getah di paha serta beberapa yang lain sesak nafas akibat gas pemedih mata.

Rejim Israel sangat menyekat kebebasan pergerakan rakyat Palestin melalui gabungan kompleks kira-kira 100 pusat pemeriksaan tetap, pusat pemeriksaan terbang, jalan untuk pendatang haram sahaja dan pelbagai halangan fizikal lain.

Penutupan berkenaan merupakan satu dari langkah-langkah lain, yang diambil secara berselindung dengan tujuan untuk mengukuhkan penjajahan tentera Israel yang sudah mencecah 51 tahun di Tebing Barat dan menguatkuasakan projek penjajah untuk pendatang haram dengan melakukan keganasan rutin malah sering membawa maut terhadap rakyat Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,785
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....