000000
X
PALESTIN
PM Shtayyeh gesa kesatuan antarabangsa beri tekanan kepada Israel
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
3 Oktober 2022, 8.35 Malam
RAMALLAH - Bercakap pada perasmian mesyuarat kabinet mingguan, Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menggesa kesatuan antarabangsa, termasuk Kesatuan Eropah yang menjalinkan hubungan dan kerjasama bersama Israel supaya memberi tekanan kepada Israel yang perlu bertanggungjawab ke atas peningkatan serangan yang melampau di wilayah Palestin serta pencabulan hak asasi rakyat Palestin.

Gesaan tekanan ini termasuklah menekan Israel daripada pelbagai sudut seperti melalui undang-undang antarabangsa, resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan prinsip hak asasi manusia.

Shtayyeh turut berkata, langkah diam diri dan tidak ambil peduli Kesatuan Eropah dalam mengenakan tindakan terhadap Israel melalui undang-undang antabangsa dan hak asasi manusia akan menggalakkan Israel untuk terus menindas rakyat Palestin dan mencabul hak asasi manusia.

Beliau turut menyeru negara-negara yang masih belum mengiktiraf negara Palestin, khususnya anggota Kesatuan Eropah, untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bagi melindungi penyelesaian dua negara (two-state solution) dan mengukuhkan hubungan Palestin-Eropah.

Shtayyeh, dalam masa yang sama, turut melahirkan rasa kebimbangan terhadap kenyataan Perdana Menteri Britain yang baharu, Liz Truss yang telah menyatakan hasratnya melalui edaran kepada ahli-ahli Friend of Israel dalam Parti Konservatif, untuk menilai semula lokasi Kedutaan British di Israel dengan tujuan memindahkannya dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis.

Perdana Menteri Shtayyeh menegaskan bahawa status perundangan, politik dan agama di Baitul Maqdis tidak tertakluk kepada penilaian dan sebarang langkah sedemikian akan dianggap sebagai pelanggaran secara terang-terangan di atas kuasa undang-undang antarabangsa. 

Beliau berkata bahawa sebarang perubahan status quo di Baitul Maqdis akan menjejaskan penyelesaian dua negara dan keputusan yang berat sebelah itu akan dianggap sebagai pengiktirafan yang mempunyai agenda tersembunyi, jika bandar Baitul Maqdis diserahkan kepada Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,674,383
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....