000000
X
PALESTIN
Bulan Sabit Merah: Keganasan Israel terhadap kami seperti "rutin harian"
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
3 Oktober 2022 | 10.26 pagi
RAMALLAH – Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata bahawa keganasan rejim Israel terhadap petugasnya telah menjadi hampir rutin harian di pelbagai kawasan di wilayah Palestin yang dijajah, dengan mengesahkan bahawa walaupun semua petugas dan kenderaan dengan jelas membawa lambang Bulan Sabit Merah dan melaksanakan tugas perubatan kecemasannya.

Persatuan itu berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam bahawa mereka mengikuti rapat perkembangan serangan oleh tentera rejim dan pendatang haram Yahudi yang memukul dan menyerang 2  petugasnya ketika melakukan kerja kemanusiaan mereka pagi semalam di pusat pemeriksaan tentera yang ditubuhkan di pintu masuk ke bandar Beit Furik, timur Nablus.

Tambahnya dalam kenyataan bahawa dua sukarelawan Mohammad Baara dan Firas Al-Baz telah diserang oleh tentera rejim yang mengeluarkan senjata di muka mereka dan memukul mereka dengan tangan dan kaki mereka malah memukul dengan senapang di kepala salah seorang daripada mereka sehingga mengakibatkan kecederaan yang teruk.

Selain itu, kenyataan berkenaan turut menegaskan bahawa undang-undang kemanusiaan antarabangsa melarang untuk menyasarkan serangan terhadap misi perubatan termasuk individu, kenderaan dan kemudahan, yang melaksanakan misi kemanusiaan malah menekankan keperluan untuk melindungi mereka dan tidak mengganggu mereka dalam apa cara sekalipun, atau campur tangan dalam kerja mereka.

Persatuan berkenaan menyatakan bahawa jumlah keganasan yang dilakukan tahun lepas terhadap petugas dan kenderaan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin di wilayah Palestin yang dijajah adalah sehingga 103 keganasan, dibahagikan sebagai 32 keganasan terhadap ambulan Persatuan, dan 20 kes menghalang ambulans daripada sampai ke destinasi mereka, 11 kes menghalang tugas petugas perubatan, 35 keganasan terhadap pekerja dan sukarelawan persatuan, 5 keganasan terhadap kemudahan dan bangunan persatuan, dan satu kes tangkapan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,854
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....