000000
X
PALESTIN
"Perjuangan membebaskan pejuang keutamaan kami": Hamas
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
2 Oktober 2022 | 8.46 Malam
GAZA - Jurucakap Gerakan Hamas, Abdul Latif Al-Qanu’ menegaskan bahawa isu pembebasan tahanan pejuang akan menjadi keutamaan Hamas dan Hamas akan berusaha dengan pelbagai cara untuk membebaskan pejuang dari penjara Zionis Israel.

Al-Qanu’, dalam kenyataannya, turut menggesa institusi hak asasi manusia untuk bersuara dan memberi tekanan kepada penjajah Israel  untuk menyelamatkan nyawa tahanan Palestin yang sedang sakit, Nasser Abu Hamid.

Tambah beliau lagi, Hamas mengisytiharkan solidariti penuh kepada Abu Hamid yang menderita penyakit kronik dan kesengsaraan di dalam penjara. Al-Qanu’ juga mengecam tindakan tentera Israel yang mengabaikan perubatan kepada Abu Hamid secara sengaja.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan tindakan Israel yang mengabaikan perubatan Abu Hamid sehingga kesihatannya merosot dan dibiarkan dalam keadaan derita merupakan sebuah jenayah terhadap kemanusiaan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,682
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....