000000
X
PALESTIN
Pembantaian Jenin: 4 Syahid, Lebih 40 Cedera
Oleh: Rusydan Yusup
30 September 2022 | 2.42 Petang
PALESTIN - 4 rakyat Palestin terbunuh dan 44 yang lain cedera pada pagi Rabu, dalam serangan tentera Israel ke atas kem pelarian Jenin, lapor agensi berita rasmi Palestin WAFA.

Sumber keselamatan Palestin memberitahu WAFA bahawa pasukan tentera yang besar menyerbu Jenin dan kem pelariannya pada waktu pagi dan melepaskan tembakan ke semua arah dan menembak tong gas pemedih mata.

Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa empat rakyat Palestin terbunuh, dan mengenal pasti mereka sebagai Ahmed Alawana, Abdul Rahman Khazem, Mohammed Alouna, dan Mohammad Abu Naaseh.

Khazem ialah abang kepada Raad, yang dibunuh oleh tentera Israel pada April lalu, berikutan serangan di Tel Aviv.

Tentera Israel mengepung rumah keluarga Khazem dan mengebomnya dengan peluru berpandu anti-perisai.

Ramai yang cedera dalam serangan itu ditembak oleh peluru hidup dan berada dalam keadaan kritikal di hospital Jenin, kata Kementerian.

Satu mogok komersial umum telah diadakan di kebanyakan bandar Tebing Barat sebagai tindakan berkabung atas kematian dan sebagai protes terhadap pembunuhan beramai-ramai Israel di Jenin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,860
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....