000000
X
PALESTIN
Kementerian Luar Negeri Mesir kecam tindakan ganas Israel
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
26 September 2022 |10.18 Petang
KAHERAH - Kementerian Luar Negeri Mesir mengutuk tindakan pendatang Israel mencabul kehormatan Masjid Al-Aqsa secara melampau dengan bantuan tentera Zionis Israel.

Dalam satu kenyataan, pihak Kementerian Luar Negeri Mesir menyelar pencerobohan tersebut da  tindakan Israel dalam mengenakan sekatan terhadap umat Islam di Palestin demi menjalankan ritual keagamaan mereka serta percubaan Israel yang berterusan untuk mengubah status undang-undang dan sejarah Baitul Maqdis secara terang-terangan.

Kementerian itu menambah dalam kenyataannya bahawa peningkatan pencerobohan yang dilakukan Israel ini akan menjejaskan jalan penyelesaian demi mencapai keadilan yang menyeluruh bagi isu Palestin serta isu keharmonian dua negara. 

Pihak Kementerian Luar Negeri Mesir juga memberi amaran tentang tindakan provokatif Israel ke atas Masjid Al-Aqsa yang suci kerana tindakan ini akan meningkatkan ketegangan dan mencetuskan keganasan serta mewujudkan pelbagai halangan dalam usaha perdamaian.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,502
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....