000000
X
PALESTIN
Negara Palestin: Israel tidak mempunyai tuntutan atau kedaulatan yang sah ke atas Baitulmaqdis
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
23 September 2022 |6.15 pagi
RAMALLAH – Negara Palestin menegaskan bahawa menghormati status istimewa Baitulmaqdis adalah sebahagian daripada hak rakyat Palestin yang diiktiraf secara universal, termasuk hak untuk menentukan nasib sendiri.

“Pendirian masyarakat antarabangsa mengenai Baitulmaqdis jelas: Israel tidak mempunyai tuntutan atau kedaulatan yang sah ke atas Baitulmaqdis, termasuk Baitulmaqdis Timur, Kota Lama dan tapak sucinya,” kata Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat dalam satu kenyataan.

Beliau turut menambah dalam kenyataannya, "Israel sebagai penceroboh tidak mempunyai kuasa untuk terlibat dalam hubungan diplomatik atau menjemput Negara-negara untuk membuka pejabat diplomatik di mana-mana bahagian Bandar Raya."

Sejak tahun 1947, Majlis Keselamatan PBB dan Perhimpunan Agung telah secara muktamad dan berwibawa menentukan status undang-undang antarabangsa Baitulmaqdis, kewajipan Negara untuk menegakkan status ini, dan tidak sah memindahkan kedutaan dan pejabat diplomatik ke Baitulmaqdis.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa juga menegaskan dalam pendapat nasihatnya mengenai Tembok Apartheid Israel bahawa kehadiran Israel di Baitulmaqdis adalah sebuah bentuk penjajahan.

"Kehadiran Israel sebagai Kuasa Penjajahan adalah fakta undang-undang yang tepat dan tidak dapat dipertikaikan bagi menyimpulkan kewajipan undang-undang, politik dan moral ke atas semua Negara, terutamanya Anggota Tetap Majlis Keselamatan," kata Kementerian Luar Negeri.

“Oleh itu, membuka kedutaan di Baitulmaqdis, atau menubuhkan misi atas dasar hubungan diplomatik dengan Israel, di mana-mana bahagian Baitulmaqdis, adalah pengiktirafan de facto dan de jure terhadap jenayah Israel yang berterusan dan menyalahi undang-undang,” tambahnya.

Kenyataan tersebut menegaskan bahawa "membuka kedutaan di Baitulmaqdis adalah bersubahat dalam mengabsahkan tindakan haram Israel ke atas bandar berkenaan dan percubaan tanpa henti untuk mencabar kedaulatan, termasuk melalui jenayah perang pemindahan secara paksa, perobohan, dan kawalan ke atas tapak suci."

"Dalam hubungan ini, Negara Palestin mengesahkan bahawa ia akan meneruskan semua langkah undang-undang, diplomatik, dan politik yang ada untuk memastikan Baitulmaqdis dan segala haknya dilindungi."
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,668,956
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....