000000
X
PALESTIN
Wartawan Wanita ditahan
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
21 September 2022 | 7.19 pagi
PALESTIN - Tentera rejim melanjutkan penahanan pentadbiran wartawan wanita Palestin, Bushra Al-Taweel yang berusia 29 tahun, untuk kali ketiga berturut-turut pada hari Isnin, untuk tempoh tiga bulan sepertimana yang telah disahkan oleh Persatuan Banduan Palestin.

Al-Taweel telah ditangkap pada 21 Mac di pusat pemeriksaan tentera Zatara, selatan bandar Nablus; beliau telah ditangkap beberapa kali dan ditahan kira-kira tiga tahun setengah di penjara Israel.

Bushra ialah anak perempuan pemimpin Hamas, Jamal Al-Taweel, yang juga pernah ditahan oleh rejim ‘Israel’ dalam tahanan pentadbiran sejak Jun 2021 dan sebelum ini menghabiskan lebih 17 tahun di penjara Israel, yang kebanyakannya berada di bawah tahanan pentadbiran; tanpa pertuduhan atau perbicaraan.

Menurut Kesatuan Wartawan Palestin, tentera rejim dan pendatang haram Yahudi melakukan 479 pelanggaran terhadap wartawan Palestin pada separuh pertama 2022.

Ini termasuk pembunuhan pada awal Jun ke atas Ghufran Warasneh yang berusia 31 tahun di kem pelarian Al-Aroub dekat Hebron, pada hari pertamanya bekerja di radio tempatan, dan pembunuhan pada bulan Mei terhadap wartawan veteran Al Jazeera Shireen Abu Akleh semasa membuat liputan serbuan Israel di kem pelarian Jenin.

Menurut kesatuan itu, pencabulan rejim Israel termasuk 35 wartawan Palestin yang mengalami kecederaan akibat peluru, 18 kes tangkapan, 24 rampasan bahan, 80 kes pukul dan 175 kes wartawan tidak dibenarkan melakukan kerja mereka.

Pada masa ini, 16 wartawan Palestin ditahan di penjara Israel kerana mengamalkan hak kebebasan bersuara dan mendokumentasikan jenayah penjajahan Israel terhadap rakyat Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,676,590
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....