000000
X
PALESTIN
607 Rakyat Palestin Ditahan Sepanjang Ogos
Oleh: Rusydan Yusup
20 September 2022 | 1.21 Petang
PALESTIN - Pihak Berkuasa Israel telah menahan 607 rakyat Palestin, termasuk 59 kanak-kanak dan 13 wanita, sepanjang bulan lalu, menurut organisasi-organisasi hak tahanan Palestin.

Dalam laporan bersama, barisan NGO menjelaskan bahawa Baitul Maqdis menyaksikan tangkapan tertinggi oleh pasukan keselamatan Israel, diikuti oleh Hebron, Bethlehem, dan Jenin.

Bulan lalu menyaksikan lonjakan dramatik dalam pelanggaran dan jenayah yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin, termasuk hukuman mati di luar undang-undang, hukuman kolektif, dan kempen penahanan sistematik, yang melibatkan pencabulan hak terhadap tahanan dan keluarga mereka.

Kumpulan advokasi telah mendokumentasikan pencabulan hak asasi manusia terhadap tahanan Palestin semasa dan selepas penahanan mereka oleh tentera Israel.

Sehingga Ogos 2022, terdapat 4,650 rakyat Palestin, termasuk 32 tahanan wanita dan sekitar 180 bawah umur, ditahan di penjara Israel.

Antaranya, 743 rakyat Palestin ditahan oleh Israel di bawah tahanan pentadbiran, tanpa sebarang tuduhan atau perbicaraan.

Pada Ogos, tentera Israel menahan 148 rakyat Palestin, termasuk 30 kanak-kanak dan tujuh wanita dari Baitul Maqdis, 118 dari Hebron, dan 96 dari Bethlehem.

Sepanjang bulan lalu, Pihak Berkuasa Israel telah mengeluarkan 272 perintah penahanan pentadbiran terhadap rakyat Palestin, 143 daripadanya dikeluarkan buat kali pertama manakala selebihnya diperbaharui.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,677,043
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....