000000
X
PALESTIN
Penentangan semakin meruncing, Israel terpaksa menambah tentera
Oleh: Nadhratul Hana’ Binti Mohd Soberi
18 September 2022 | 8.46 malam
TEBING BARAT - Wartawan tentera Israel, Shai Levy, memetik ucapan seorang pegawai tinggi Israel sebagai berkata bahawa Tebing Barat menyaksikan penentangan rakyat Palestin yang semakin tegang lantaran peningkatan kadar operasi pencerobohan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel baru-baru ini.

Pegawai tinggi Israel juga mengaku bahawa peningkatan penentangan rakyat Palestin telah menambah beban kepada Israel dari sudut peralatan keselamatan, dan telah menggagalkan beberapa siri operasi pencerobohan Israel yang dirancang.

Dia juga turut berkata bahawa wujud beberapa ketika, pihak Israel terpaksa menggunakan khidmat tentera simpanan untuk membolehkan tentera yang sedia ada berehat dan kembali berlatih serta bersedia menghadapi kemungkinan penentangan rakyat Palestin yang semakin agresif.

Dalam pada itu, sumber wartawan tentera Israel menunjukkan statistik peningkatan kadar penentangan rakyat Palestin ke atas mereka iaitu sebanyak  150 operasi bermula awal tahun 2022. Statistik ini sangat membimbangkan tentera Israel lebih-lebih lagi penentangan berani rakyat Palestin di Jalama, Jenin baru-baru ini.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,676,421
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....