000000
X
PALESTIN
"Tiada jalan pintas menuju kemenangan" - Mustafa Abu Arrah
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
14 September 2022 | 10.09 malam
GAZA - Dalam sebuah kenyataan, Mustafa Abu Arrah, seorang pemimpin gerakan Hamas menegaskan bahawa kemenangan dan pembebasan tanah Palestin hanya boleh kembali dicapai dengan bentuk penentangan dan perjuangan yang bersenjata, seperti pada awal-awal penentangan rakyat Palestin ke atas Israel.

Abu Arrah yang  memberi ucapan ini sempena ulang tahun tandatangan OSLO menyifatkan perjanjian ini sebagai perjanjian yang tercela dan keji kerana OSLO berfungsi untuk menambah kesatuan penjajah Israel, meluaskan tanah jajahan mereka dan mencuri tanah milik rakyat Palestin. Perjanjian ini juga memberi laluan luas untuk Israel merobohkan rumah rakyat Palestin serta menangkap ribuan rakyat.

Abu Arrah juga percaya bahawa kehancuran penjajah Israel di Gaza semakin dekat, terutama apabila terlalu banyak insiden yang menambah kemarahan rakyat Palestin dasawarsa ini seperti penangkapan rakyat dan sekatan yang dibuat oleh Israel di Tebing Barat.

Dalam pada itu, gerakan Hamas juga mengambil kesempatan memuji tindakan berani dua Mujahidin iaitu Ahmad Ayman Ibrahim Abed (23 tahun) dan Abdurrahman Hani Subhi Abed (22 tahun) yang telah menyerang kawasan pemeriksaan tentera Israel di Al-Jalama.

Gerakan Hamas menyatakan bahawa As-Syahid Ahmad Ayman telah membuktikan sifat patriotisme dalam dirinya dalam melawan tentera penjajah sekaligus memberi isyarat kepada Israel bahawa rakyat Palestin ialah rakyat yang tidak akan tunduk kepada kepimpinan Israel.

Hamas juga mengesahkan bahawa serangan di Jenin ini merupakan mesej amaran kepada Zionis Israel yang sedang menambah siri pencerobohan di Masjid Al-Aqsa, supaya mereka mengerti kekuatan kebangkitan rakyat Palestin dalam melawan mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,414
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....