000000
X
PALESTIN
"Umat Islam dan negara Arab perlu tegas pendirian demi Al-Aqsa" - Ikrimah Sobri
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
12 September 2022 | 10.14 malam
BAITUL MAQDIS - Imam Besar Masjid Al-Aqsa yang dirahmati, Sheikh Ikrimah Sobri menegaskan bahawa Al-Aqsa memerlukan pendirian yang tegas daripada umat Islam dan negara Arab demi menghentikan serangan dan segala bentuk pencerobohan daripada pihak penjajah Zionis Israel serta pelampau Yahudi.

Dalam kenyataannya juga, beliau memberitahu tentang keadaan Al-Aqsa yang sedang berhadapan dengan risiko besar akibat projek haram penggalian bawah tanah oleh Zionis Israel yang semakin mendasar sehingga kekukuhan struktur bawah tanah Masjid Al-Aqsa semakin lemah. Beliau juga memaklumkan bahawa Israel telah membelanjakan berjuta-juta dollar untuk projek haram ini dan mereka langsung tidak menemui sebarang tanda sejarah Ibrani yang kononnya berada di bawah tanah Masjid Al-Aqsa.

Dalam pada itu, Sheikh Ikrimah Sobri menyeru ahli perniagaan di dunia Arab untuk melaburkan sebahagian daripada modal mereka di Palestin demi menyokong ekonomi umat Islam dan memecahkan tembok hegemoni Israel akibat dasar Apartheid serta kepungan yang ketat berpunca daripada Zionis Israel.

Disebabkan hegemoni Israel ini, kira-kira 200 kedai umat Islam di Palestin terpaksa ditutup. Pihak penjajah Zionis Israel telah menghalang penduduk Palestin daripada memasuki pekarangan Baitul Maqdis pada setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu. Hal ini demikian kerana, pada hari yang lainnya, Israel akan meneruskan pencerobohan mereka di Baitul Maqdis.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,668,273
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....