000000
X
PALESTIN
Dron Bersenjata Bakal Hantui Malam Rakyat Palestin
Oleh: Rusydan Yusup
9 September 2022 | 12.50 Tengahari
ISRAEL - Israel telah melatih pasukan pertahanannya untuk mengendalikan dron bersenjata semasa operasi ketenteraan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang dijajah, lapor media Israel.

Menurut penyiar awam Kan, Komander Tentera Israel, Yaniv Alaluf telah menjalani latihan dalam penggunaan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) bersenjata sebagai sebahagian daripada operas serbuan dan pencerobohan setiap malam ke atas rumah penduduk Palestin.

Bagi pihaknya, Ketua Turus Tentera Israel Aviv Kochavi memberi amaran bahawa aktiviti ketenteraan akan dipergiatkan jika perkara itu difikirkan perlu.

“Ujian kami (dibuat) bagi melindungi rakyat Israel, dan misi kami adalah untuk menggagalkan keganasan. Kami akan sampai ke setiap bandar, kejiranan, lorong, rumah atau ruang bawah tanah untuk tujuan itu,” katanya.

Tentera Israel telah menjalankan serbuan di Tebing Barat sejak permulaan tahun ini. Sepanjang tempoh itu,  100 rakyat Palestin telah terkorban, menurut laporang Kementerian Kesihatan Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,882
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....