000000
X
PALESTIN
Hamas: Kenyataan PM Israel Beri Lampu Hijau Kepada IDF Bunuh Rakyat Palestin
Oleh: Rusydan Yusup
9 September 2022 | 12.38 tengahari
PALESTIN - Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) melalui juracakap rasmi mereka, Fawzi Barhoum mengulas kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Israel, Yair Lapid mengenai kebenaran yang diberikan kepada Angkatan Pertahanan Israel (IDF) untuk menembak orang awam Palestin di Tebing Barat, dengan menyatakan bahawa kenyataan yang dibuat itu akan menambah kecenderungan rejim Israel untuk melakukan jenayah sistematik selanjutnya terhadap rakyat Palestin.

Kenyataan Perdana Menteri Israel itu merupakan pengakuan rasmi oleh rejim Israel terhadap jenayah berdarah dingin yang dilakukan oleh tenteranya di seluruh kawasan Palestin yang diajah.

Hamas memberi amaran kepada pemimpin Israel agar tidak meneruskan langkah keji itu. Mereka turut menegaskan bahawa menghentikan tindakan Israel  memerlukan masyarakat antarabangsa memikul tanggung jawabnya dan meminta pemimpin Israel bertanggungjawab atas jenayah kejam mereka terhadap rakyat Palestin dan tanah air dan tempat suci mereka.

Fawzi menambah bahawa kekejaman seperti itu tidak akan menghalang rakyat Palestin daripada meneruskan penentangan mereka terhadap penjajahan Israel sehingga mereka mendapat semula hak mereka untuk merdeka, pulang ke tanah air, dan menentukan nasib sendiri.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,674,493
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....