000000
X
PALESTIN
Pemuda Palestin Dibunuh Berhampiran Bandar Tubas
Oleh: Rusydan Yusup
7 September 2022 | 9.43 malam
TUBAS - Seorang pemuda Palestin maut akibat terkena tembakan tentera Israel pada pagi Rabu, di kem pelarian al-Fara’a, berhampiran bandar Tubas, Tebing Barat yang dijajah, lapor agensi berita rasmi Palestin WAFA.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan berkata Younis Ghassan Tayeh, 21, terbunuh selepas tentera Israel secara langsung menembaknya di jantung semasa serbuan tentera di kem pelarian.

Pertempuran berlaku apabila askar Israel memecah masuk beberapa rumah dan melepaskan bom bunyi dan gas pemedih mata, selain peluru hidup.

Wartawan WAFA berkata bahawa tentera Israel turut menahan dua pemuda dari bandar itu.

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengecam tindakan Israel dan meminta rakyat Palestin terus bertahan dan berjuang sehingga berjaya mencapai kemerdekaan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,573
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....