000000
X
PALESTIN
Duta Palestin PBB : UNSC perlu bertanggungjawab pencerobohan Israel ke atas Gaza
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
7 September | 9.32 pagi
NEW YORK – Duta Besar Riyad Mansour, Pemerhati Tetap Negara Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, berkata semalam bahawa Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan mesyuarat pada hari Isnin atas permintaan Negara Palestin untuk membincangkan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza.

Mansour memberitahu portal berita WAFA bahawa Negara Palestin telah menghubungi Presiden Majlis Keselamatan (China) dan anggota Majlis Keselamatan yang lain, supaya mereka memikul tanggungjawab untuk menghentikan pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan memberikan perlindungan antarabangsa kepada rakyat Palestin.

Mansour menegaskan bahawa Majlis Keselamatan memikul tanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, malah perlu bertindak balas dengan mengutuk jenayah serta menghentikan pencerobohan Israel dan menyediakan perlindungan antarabangsa untuk rakyat Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,531
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....