000000
X
PALESTIN
4 Belia Palestin di Tangkap Termasuk Seorang Bekas Banduan
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
5 September 2022 | 11.55 Pagi
PALESTIN - Rejim penjajah Israel menangkap 4 orang rakyat Palestin di beberapa tempat di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Sumber tempatan melaporkan seorang bekas banduan, Mus’ab Suqiyyah ditangkap ketika beliau melalui pos pemeriksaan ketenteraan Za’tarah, di selatan Nablus. Beliau dibawa ke salah satu pusat penahanan dan interogasi.

Rejim penjajah Israel juga menangkap 2 orang belia Palestin di Pagar Al-Bairin, di selatan Qalqiya, dan seorang lagi di Bab Al-Amud di Baitulmaqdis. Mereka juga di bawa ke pusat yang sama.

Dalam pada itu, rejim Israel menyerbu masuk rumah-rumah di perumahan Kazim Ubaid dan menyelongkar barang-barang di dalam rumah.

Mereka juga menutup dan menghalang laluan masuk ke kampung-kampung Palestin seperti Atouf dan Ras Al-Ahmar di wilayah Tubas. Mereka berkumpul di situ dan mengisytiharkan ia sebagai zon militari tertutup. Serta menggeledah rumah-rumah .
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,548
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....