000000
X
PALESTIN
Rejim Israel Musnahkan 8746 Bangunan Sejak 2009
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
4 September 2022 | 11.55 Pagi
PALESTIN - Pejabat Hal Ehwal Kemanusian Bangsa Bersatu (OCHA) mendedahkan sejak 2009, sebanyak 8,746 bangunan telah dimusnahkan oleh rejim penjajah Israel mengakibatkan ribuan rakyat Palestin hilang tempat tinggal dan berpindah.

Mengikut laporan, kemusnahan itu menyebabkan 13,000 rakyat Palestin berpindah dan merosakkan kediaman 152,000 yang lain sebanyak 1,559 buah rumah. Bangunan yang dimusnahkan termasuklah kediaman, tempat tinggal, perkhidmatan dan sebilangan infrastruktur. 

Data-data yang disebutkan adalah daripada tindakan langsung dari rejim penjajah, atau pemilik bangunan yang dipaksa untuk meruntuhkan bangunannya, atas pelbagai sebab seperti tiada permit dari rejim, yang mana hampir mustahil untuk didapatkan atau atas alasan untuk menghukum pemilik.

Dasar meruntuhkan kediaman rakyat Palestin ini adalah cara klasik yang digunakan oleh rejim sejak tertubuhnya mereka pada tahun 1948. Sejak peristiwa Nakbah, rejim penjajah israel telah menghapuskan lebih 500 kampung dan bandar orang Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,639
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....