000000
X
PALESTIN
Israel Cadang Luaskan Penempatan Haram Yahudi di Gilo
Oleh: Rusydan Yusup
2 September 2022 | 12.49 Petang
BETHLEHEM | Kementerian Perumahan Israel telah mencapai persetujuan dengan dua syarikat hartanah untuk membina 1,250 unit rumah baharu di penempatan haram Yahudi Gilo, yang kebanyakannya dibina di atas tanah Wilayah Bethlehem.

Menurut Arab48, kawasan penempatan baharu itu akan dikenali sebagai “Gila Cliffs”, kerana rancangan pembesaran penempatan merangkumi pembangunan rangkaian jalan raya, infrastruktur, kawasan awam, taman dan kawasan komersial.

Ia juga termasuk pembinaan sejumlah bangunan tinggi dan menara kediaman yang terdiri daripada 1,250 unit rumah, termasuk 27 bangunan yang mempunyai ketinggian daripada 9 hingga 13 tingkat.

Selain itu, projek itu, yang bersetuju dengan dua syarikat hartanah Israel, Ken Hathor dan Epsilon, berada di peringkat perancangan akhir, menurut Kementerian Perumahan Israel.

Antara 500,000 dan 600,000 warga Israel tinggal di penempatan haram Yahudi khusus untuk kaum Yahudi sahaja di seluruh Baitul Maqdis Timur yang dijajah dan di Tebing Barat, yang melanggar undang-undang antarabangsa.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,812
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....