000000
X
PALESTIN
Hamas Kecam Tindakan Israel Sekat Kemasukan Petugas PBB
Oleh: Rusydan Yusup
1 September 2022 | 1.34 Petang
PALESTIN - Jurucakap Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Abd al-Latif al-Qanou berkata kenyataan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia mengenai kelewatan dan keengganan rejim Israel mengeluarkan atau memperbaharui permit masuk untuk pegawai PBB. 

Misi mereka adalah untuk memantau situasi hak asasi manusia di Palestin. Keadaan ini mendedahkan dasar mereka untuk mengelak akauntabiliti undang-undang dan kerisauan mereka terhadap kesan perbuatan mereka.

Al-Qanou menambah tindakan mereka ini menunjukkan sikap tidak peduli terhadap semua laporan PBB yang mendedahkan realiti jenayah Israel terhadap tanah, penduduk, dan tempat suci Palestin.

Beliau mengesahkan bahawa tindakan rejim Israel menghalang pegawai antarabangsa serta semua organisasi hak asasi manusia dan kemanusiaan daripada menjalankan fungsi mereka hanyalah satu percubaan terdesak untuk menutup dasar mereka melakukan lebih banyak pencabulan dan jenayah terhadap rakyat Palestin, yang tidak akan dilupakan dengan berlalunya masa.

Al-Qanou menyimpulkan kenyataan beliau dengan menyeru masyarakat antarabangsa untuk menamatkan dasar dwi standard dalam menangani masalah Palestin, dan hak sah rakyat Palestin serta penderitaan mereka, yang tidak akan tamat melainkan dengan keluarnya pihak penjajah kejam dari bumi Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,757
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....