000000
X
PALESTIN
Israel Arah Hapus Rangkaian Eletrik di Bandar Arkeologi
Oleh: Rusydan Yusup
30 Ogos 2022 | 2.05 Petang
NABLUS  - Tentera Israel pada Ahad lalu telah mengarahkan penghapusan rangkaian elektrik di bandar Sebastia, Barat Laut Nablus, lapor agensi berita WAFA Palestin.

Agensi itu memetik Datuk Bandar Sebastia, Mohammad Azem sebagai berkata bahawa tentera Israel mengarahkan majlis perbandaran mengeluarkan grid kuasa sepanjang 1,200 meter yang dibina berhampiran tapak arkeologi Sebastia dengan alasan ia dibina di Zon C, yang terletak di bawah kuasa Israel sepenuhnya.

Zon C membentuk hampir 60 peratus daripada Tebing Barat yang dijajah dan dikawal sepenuhnya oleh Israel.

Disamping itu, tentera Israel turut mendirikan pusat pemeriksaan rawak pada hari Isnin, di Jalan Jenin-Nablus berhampiran Sebastia dan menahan seorang pemuda yang tidak diketahui identitinya.

Tentera Israel menghalang kenderaan Palestin daripada datang ke Jenin, memeriksa kad pengenalan penumpang dan menyoal siasat mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,346
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....