000000
X
PALESTIN
Sesi Persekolahan Baru Palestin: Tahun Kedaulatan Pendidikan
Oleh: Rusydan Yusup
30 Ogos 2022 | 1.28 PM
PALESTIN - Sesi baru persekolahan di Palestin telah bermula pada hari Isnin. Kementerian Pendidikan Palestin berkata seramai 1,385,000 pelajar memulakan tahun persekolahan baharu di Baitul Maqdis Timur, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza di 3192 sekolah yang merangkumi 2,333 sekolah kerajaan, 375 sekolah yang dikendalikan oleh Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), dan 484 sekolah swasta.

Situasi sekolah di Baitul Maqdis Timur yang dijajah rejim Israel bagaimanapun, masih tidak menentu kerana Israel pada tahun ini memaksa sekolah Palestin, dengan menahan wang daripada mereka atau mengancam untuk menarik balik lesen mereka, dalam kerangka memaksa mereka mengajar kurikulum Israel dan bukannya Palestin.

Rejim Israel telah menapis buku teks Palestin, mengalihkan muka surat dan menukar teks, terutamanya mengenai topik yang berkaitan dengan sejarah dan geografi Palestin dan Baitul Maqdis khususnya, serta menukar ayat-ayat al-Quran.

Kementerian Pendidikan menggelarkan tahun akademik kali ini sebagai "Tahun Kedaulatan Pendidikan di Baitul Maqdis", sebagai slogan "mempertahankan identiti Palestin, semangat dan kandungan pendidikan di Baitul Maqdis, dan melindunginya daripada proses 'Israelisasi', penghapusan kesedaran dan penyelewengan fakta sejarah dan geografi.”

Bersempena sesi persekolahan baru ini juga, Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) merakamkan ucapan selamat kepada institusi pendidikan Palestin di seluruh Palestin dan di diaspora, dan kepada para guru, pentadbir, pekerja, para pelajar serta ibu bapa.

Dalam satu kenyataan akhbar, Hamas melahirkan harapan bahawa tahun ini akan penuh dengan kecemerlangan dan kreativiti Palestin, serta dinobatkan dengan kejayaan.

Hamas menyimpulkan, "Semoga Allah merahmati roh para syuhada Palestin, pelajar, dan guru, dan memberikan mereka yang cedera kesembuhan yang segera".
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,667,810
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....