000000
X
PALESTIN
Penentangan Berterusan, Anggota Rejim Cedera
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
29 Ogos 2022 | 11.00 pagi
TEBING BARAT - Pejuang penentangan melepaskan tembakan kepada rejim penjajah Israel berdekatan Ramallah dan Nablus di Tebing Barat yang terjajah.

Sumber tempatan mengatakan, pejuang juga menentang anggota rejim di daerah Silwad, timur Ramallah dan penempatan Yitzhar di selatan Nablus.

Manakala seorang anggota rejim Israel cedera terkena batu yang dibaling sewaktu penentangan berlaku di daerah nabi Soleh.

Penentangan terhadap anggota rejim penjajah Israel semakin meningkat di Tebing Barat sejak awal tahun 2022, berbanding tahun lepas.

Data dari sumber Israel melaporkan 41 kejadian berbalas tembakan berlaku di Tebing Barat pada awal  tahun ini hingga 11 Ogos 2022.

Hamas mengatakan bahawa penentangan yang berterusan ini adalah bukti bahawa semangat perjuangan membebaskan tanah air tidak akan pernah padam. Hamas memuji tindakan penentangan terhadap anggota rejim yang sering menceroboh dan berbuat jenayah terutamanya di Masjid Al-Aqsa.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,677,089
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....